Saturday, April 23, 2011

Open Minded???

 Letih aku dok bertekak dengan 1 mamat ni about open minded... pada pendapat  aku tak kisah nak open minded asalkan tahu bezakan dosa n pahala.... tp si mamat ni cakap law pk psl dose n pahale lbh baik x yah nk open minded... buang tabiat tol mamat ni.... de k patot ckp cm tu.... ni yg wat aku tpk2 ni.. tol k die ni org Islam...??? 
Die ni mesti kes x thu pe mksudnye open minded....meh cni aku terangkn pe mksudnye.... open minded tu maksudnye  having a mind receptive to new ideas or argument (mempunyai fikiran yang berkebolehan untuk menerima idea-idea dan hujah yang baru). 
 Agama Islam itu merupakan salah satu jalan untuk seseorang berfikiran terbuka. Agama Islam menolak unsur-unsur adat dan amalan tradisi yang karut-marut yang ada di dalam masyarakat. Setiap apa yang turun melalui wahyu dan disampaikan melalui baginda S.A.W semuanya mempunyai hujah-hujah yang kukuh.

Dalam Surah Ar-Ra'd, ayat ke-3 Allah berfirman dengan maksudnya: "Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."

Jelaslah Al-Quran itu sumber ilmu dan menggalakkan pengikutnya berfikir untuk mengenal tanda-tanda kekuasaan penciptanya. Dalam Al-Quran, telah diterangkan bagaimana cara pergaulan, bagaimana pula cara berpakaian, makanan dan cara hidup bermasyarakat.

Bagi mereka yang mengakui berfikiran terbuka ini, mereka menganggap sesiapa yang mengikut ajaran agama seolah-olah berfikiran kolot sedangkan apa-apa yang turun dari Allah itu merupakan satu kesempurnaan cara hidup untuk manusia dipandang mulia.

.

No comments:

Post a Comment